NO. TEL : 06-334 1353

NO. FAKS : 06-334 1435

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK CHENG, MELAKA

Isnin, 10 April 2017

Majlis Penutup Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)

Setelah seminggu seluruh warga SK Cheng mengikuti Kem Membaca 1 Malaysia, satu majlis telah diadakan bagi menutup secara rasminya kem ini. Majlis juga diserikan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang yang telah bertanding dalam aktiviti yang telah dirancang. Penyampaian hadiah kepada guru-guru yang berjaya mencipta pantun puitis bertemakan Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia paling mencuri tumpuan. Pelbagai pantun telah dihantar dan akhirnya pantun yang ditulis oleh Pn Norashikin Mohd Shukri telah menjuarai pertandingan pantun ini. Tempat kedua pula Pn Rosmalaili Rahmat dan ketiga Pn Salasiah.

Mekar sejambak bunga Melati,
Cantik tersemat pujaan puteri,
Ilmu ditimba sepenuh hati,
Kekuatan umat minda bestari.
(Pn Norashikin Mohd Shukri)


   


   

















 




Tiada ulasan:
Write comments
Penafian: Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh pihak sekolah.