NO. TEL : 06-334 1353

NO. FAKS : 06-334 1435

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK CHENG, MELAKA

Jumaat, 26 Mei 2017

Program Ihya' Ramadhan

Program Ihya' Ramadhan telah dijalankan di peringkat sekolah. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan di dalam program ini ialah Pelancaran Program Ihya' Ramadhan, Ceramah Ihya' Ramadhan dan memasak bubur lambok.









Khamis, 25 Mei 2017

Pemantauan Program SKC Eco

Beberapa wakil daripada syarikat Toyota cawangan Krubong telah melakukan pemantauan terhadap perkembangan Program SKC Eco. Untuk pengetahuan, syarikat Toyota adalah penyumbang terbesar tayar kitar semula bagi menjayakan program ini. 














Jumaat, 19 Mei 2017

Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Melaka

Pada 18 Mei 2017, Sekolah Kebangsaan Cheng telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Melaka. Pertandingan ini telah dijalankan di Dewan Bestari Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Sekolah Kebangsaan Cheng juga telah menghantar penyertaan di dalam pertandingan ini dengan diwakili oleh adik Nur Najwa Ayuni daripada Tahun 6 Alif. SK Cheng berjaya meneruskan cabaran sehingga ke peringkat Suku Akhir yang membawa pulang hadiah saguhati berupa wang tunai RM50.









Kejohanan Hoki MSS Negeri Melaka 2017

Pada 17 dan 18 Mei 2017 telah berlansungnya Kejohanan Hoki bawah 12 Tahun MSS Negeri Melaka. Kejohanan ini telah diadakan di Padang Hoki Bukit Serindit. Pasukan Hoki telah menghantar penyertaan dan telah mendapat tempat kelapan daripada 22 buah sekolah yang bertanding. Pasukan Hoki ini telah dilatih dan dibimbing oleh En Mohd Hafiz Bin Husaini dan Puan Norazura.







Rabu, 17 Mei 2017

Sambutan Hari Guru 2017

Sekolah Kebangsaan Cheng telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah pada 16 Mei 2017. Sambutan Hari Guru ini telah bertemakan pakaian tradisional batik dan pelikat. Pelbagai pertandingan telah dijalankan iaitu pertandingan memasak kerabu dan sukaneka meggolek tayar dan membaling tin. Tema Hari Guru peringkat Kebangsaan ialah Guru Pembina Negara Bangsa. 






Rabu, 3 Mei 2017

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun (PKSR 1) 2017

Di bawah ini disertakan Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun (PKSR 1). Semoga berjaya kepada semua murid-murid Sekolah Kebangsaan Cheng.



Penafian: Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh pihak sekolah.