NO. TEL : 06-334 1353

NO. FAKS : 06-334 1435

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK CHENG, MELAKA

Isnin, 25 Februari 2019

Program Jom Ke Sekolah

Unit Disiplin di bawah pimpinan Ustaz Wan Azhar Shariffudin telah menganjurkan satu majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah pada Isnin, 25 Februari 2019. Program ini merupakan program kerjasama antara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Program Jom Ke Sekolah telah dirasmikan oleh Konstabel Mohd Hazlie Bin Mohd Yusoff dari Balai Polis Tanjung Minyak yang juga merupakan Pegawai Perhubungan Sekolah bagi Sekolah Kebangsaan Cheng.




Album penuh : Program Jom Ke Sekolah

Sabtu, 23 Februari 2019

Open Invitation Taekwando Championship

Seorang murid Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka iaitu adik Muhammad Adam Afiff telah menyertai satu pertandingan taekwando iaitu Open Invitation Taekwando Championship dan berjaya membawa pulang pingat perak pada temasya tersebut. Tahniah dan semoga berjaya untuk peringkat yang seterusnya.



Rabu, 20 Februari 2019

Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah

Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Melaka Tengah telah berjaya dianjurkan pada 18 hingga 20 Februari 2019. Pasukan Olahraga yang diketuai oleh Ustaz Wan Azhar Shariffudin telah memilih dan melatih beberapa atlit olahraga untuk menyertai pertandingan tersebut. Acara yang telah disertai ialah acara larian 100 meter, lompat tinggi dan juga lonta peluru kategori lelaki dan perempuan





Album penuh : Olahraga 

Penafian: Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh pihak sekolah.