NO. TEL : 06-334 1353

NO. FAKS : 06-334 1435

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK CHENG, MELAKA

Isnin, 23 Januari 2017

Kempen Sayangi Buku Teks

Pada 23 Januari 2017, Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Sekolah Kebangsaan Cheng telah mengadakan satu majlis pelancaran Kempen Sayangi Buku Teks. Kempen ini bertujuan menanam nilai menyayangi dan menghargai buku teks dalam kalangan murid-murid SKC. Majlis pelancaran kempen ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar iaitu En Hazman Bin Dolah. Ikrar murid juga merupakan salah satu intipati majlis pelancaran yang telah diketuai oleh Ketua Pengawas SPBT iaitu Aiman bin Khemar.

" Sayang Buku, Balut Buku, Hargai Buku, Baca Buku "






Selasa, 10 Januari 2017

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2017

Sesi persekolahan tahun 2017 telah bermula. Suasana yang penuh gembira kelihatan di sekitar hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Cheng. Hari pertama bermula dengan taklimat dari Unit Disiplin dan ucapan dari Guru Besar. 



Penafian: Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh pihak sekolah.