NO. TEL : 06-334 1353

NO. FAKS : 06-334 1435

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK CHENG, MELAKA

Selasa, 25 April 2017

Jom Membaca Bersama untuk 10 Minit

Program Jom Membaca Bersama untuk 10 Minit telah dijalankan dan telah melibatkan semua warga Sekolah Kebangsaan Cheng. Program ini telah diadakan pada pukul 11.00 pagi hingga 11.10 pagi secara serentak.






Sabtu, 22 April 2017

Bengkel Teknik Menjawab UPSR Sains & English

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR bagi subjek Sains dan Bahasa Inggeris telah diadakan di Makmal Komputer SK Cheng. Bengkel ini adalah salah satu usaha di bawah Program Kecemerlangan oleh Unit Kurikulum Sekolah Kebangsaan Cheng.






Jumaat, 21 April 2017

Pameran Lego Peringkat Sekolah

Panitia Reka Bentuk dan Teknologi yang diketuai oleh Cikgu Ismayuzi Bin Ismail telah menganjurkan Pameran Lego Peringkat Sekolah Kebangsaan Cheng bertempat di Bengkel Kemahiran Hidup. Pelbagai jenis lego telah dipamerkan di dalam pameran ini. Pameran ini telah berlangsung selama 2 hari bermula 20 April 2017 hingga 21 April 2017. 







Khamis, 20 April 2017

Program Terapi Pergerakan Kreatif PPKI

Program Pendidikan Khas Integrasi SK Cheng telah mengikuti Program Terapi Pergerakan Kreatif anjuran Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) di SMK Kg Gelam. Program ini telah dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ir Haji Idris Bin Haron. Antara aktiviti menarik yang diadakan di dalam program ini ialah aktiviti tarian pergerakan kreatif, pertandingan mewarna, wall climbing dan memanah.







Program Kesihatan Bersama Dr Subash

Program Kesihatan Bersama Dr Subash daripada Kementerian Kesihatan. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ialah ceramah kesihatan, soal selidik kesihatan dan pengambilan BMI. Program ini adalah salah satu aktiviti yang telah dirancang di dalam Minggu Jom Sihat yang dianjurkan oleh Unit-Unit di bawah Hal Ehwal Murid SK Cheng.







Rabu, 19 April 2017

Perlawanan Persahabatan 4 Penjuru Bola Sepak

Pasukan Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Cheng atau lebih dikenali sebagai Cheng Roosters telah dijemput oleh Sekolah Kebangsaan Kem Gerak Khas untuk menyertai perlawanan persahabatan bola sepak 4 penjuru. Perlawanan persahabatan ini melibatkan 4 buah sekolah iaitu SK Tangga Batu, SK Kem Gerak Khas, SK Cheng dan SK Taman Bukit Rambai. Perlawanan ini menyaksikan pasukan bola sepak di bawah bimbingan En Zaiful Anuar dan En Azam telah memenangi 2 daripada 3 perlawanan yang disertai. Tahniah buat Pasukan Cheng Roosters.





Selasa, 18 April 2017

Senamrobik Jom Sihat

Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang diketuai oleh Encik Mohd Hafiz Bin Husaini telah menganjurkan satu aktiviti Senamrobik. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang sepanjang Minggu Jom Sihat. Senamrobik ini telah melibatkan semua warga Sekolah Kebangsaan Cheng yang telah dikoordinasi oleh pakar senamrobik iaitu Encik Mohd Hafiz, Encik Nagajaran dan Puana Robakyah. 






Isnin, 17 April 2017

Pelancaran Program Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah

Program Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah telah dilancarkan sebentar tadi. Program ini merupakan salah satu program anjuran bersama Unit PPDa, Unit Kesihatan, Unit Basmi Denggi, Unit Pendidikan Seni dan Unit Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Program yang  bertemakan 'JOM HIDUP SIHAT' ini bertujuan memastikan murid sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi fizikal, mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti sekolah.













Khamis, 13 April 2017

Latihan Kebakaran Kali Pertama 2017

Unit Kebakaran Dan Keselamatan Sekolah Kebangsaan Cheng telah mengadakan latihan kebakaran kali pertama bagi tahun 2017. Latihan kebakaran ini adalah salah satu aktiviti wajib yang akan diadakan pada setiap tahun. Objektif utama latihan ini diadakan adalah untuk memastikan seluruh warga SK Cheng terutama murid-murid tentang cara-cara yang sepatutnya diambil apabila berlaku situasi kecemasan yang sebenar. Latihan ini telah dijalankan pada jam 9.30 pagi dan murid-murid mengambil masa kurang dari 5 minit untuk berkumpul di padang.













Penafian: Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh pihak sekolah.