NO. TEL : 06-334 1353

NO. FAKS : 06-334 1435

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK CHENG, MELAKA

Khamis, 31 Januari 2019

Merentas Desa Peringkat Negeri Melaka

Pada 31 Januari 2019, Pasukan Olahraga Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka telah menghantar penyertaan di dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri Melaka bagi kategori Sekolah Rendah. Kejohanan ini telah berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka. Seramai 4 orang murid menyertai kejohanan ini dan seorang murid iaitu adik Muhammad Taufiq mendapat tempat 10 terbaik.





Album penuh : Merentas Desa

Rabu, 30 Januari 2019

International English Conference

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka telah berjaya melakukan perbualan atas talian  di antara mereka dan murid-murid Romania. Aktiviti ini merupakan salah satu usaha yang dimulakan oleh Encik P.M. Nagajaran Pillai di dalam meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris murid-murid. Aktiviti ini sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid membentuk keyakinan mereka untuk berbahasa Inggeris. Tahniah dan Syabas!





Khamis, 10 Januari 2019

TAKLIMAT DISIPLIN TAHUN 2019

Taklimat disiplin awal persekolahan SK Cheng untuk Tahap I dan Tahap II bagi sesi 2019. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Guru Disiplin, Ustaz Wan Azhar b Shariffudin






Album penuh : Album Unit Disiplin

Rabu, 2 Januari 2019

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2019


Suasana di hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka. Kehadiran murid disambut oleh guru-guru diketuai oleh Guru Besar dan pentadbir-pentadbir lain. Selamat Datang dan tahniah kerana menjadi ahli SK Cheng sesi 2019. Semoga kita terus membina kejayaan dan meningkatkan kecemerlangan sekolah ini. Aamiin.






Penafian: Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh pihak sekolah.