NO. TEL : 06-334 1353

NO. FAKS : 06-334 1435

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK CHENG, MELAKA

Selasa, 17 Mei 2016

Selamat Hari Guru 2016

Sekolah Kebangsaan Cheng telah mengadakan sambutan hari guru dengan penuh meriah. Dengan kehadiran jemputan Naib Yang Di Pertua (NYDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Cheng, telah memeriahkan lagi majlis berkenaan. Dengan izin Allah, pelbagai aturcara yang telah dirancang, telah berjalan dengan sempurna. Acara yang telah berlangsung adalah: - Perarakan masuk guru-guru SK Cheng dari pintu masuk sekolah ke pentas perhimpunan diiringi dengan paluan kompang - Nyanyian lagu rasmi Negaraku, Melaka Maju Jaya, lagu sekolah, Melaka Maju serta bacaan doa oleh Ustaz Wan Azhar bin Shariffudin - Perutusan ucapan dari Pengarah Pendidikan Malaysia yang di sampaikan oleh GPK 1 Puan Asnah binti Hamid, ucapan Guru Besar SK Cheng Encik Hazman bin Dola dan ucapan dari NYDP PIBG Sk Cheng - Bacaan ikrar, nyanyian dan acara memotong kek telah dilakukan oleh guru-guru Sekoalh kebangsaan Cheng - Selepas jamuan pagi, aktiviti sukaneka untuk guru-guru dan staf SK Cheng telah dijalankan - Persembahan murid seperti pertunjukkan fesyen dari murid-murid Pra sekolah, nyanyian solo, serta lakonan dari murid-murid Sekolah Kebangsaan Cheng menggamitkan lagi suasana - Acara yang terakhir adalah semua guru-guru dan murid-murid bersalaman dan saling memberi hadiah sebelum sekolah bersurai..

Selamat Datang Ahli Keluarga Baru SK Cheng

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kehadiran ahli keluarga baru Sekolah Kebangsaan Cheng amat di alu-alukan setelah ramai guru-guru yang berpindah ke sekolah lain di sekitar melaka. Di ucapkan Selamat Datang kepada Tuan Guru Besar, Encik Hazman bin Dolah yang menggantikan Encik Nezam bin Mad Derus, Guru Penolong Kanan 1 Puan Asnah binti Hamid yang menggantikan Puan Sharipah binti Mahat, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Norbaini binti Md Yusoff yang menggantikan Encik Hashim bin Hussin, serta guru-guru baru iaitu Puan Norzita binti Ya'amat, Puan Norizawati binti Abdul Majid, Puan Shalena binti Ismail, Puan Azlina binti Abdul Aziz, Puan Melati binti Lasim, Encik Abdul Rahman bin Dolmat, Puan Roslina binti Shafie dan Encik Gentis Poul a/l Gnanaprakasam serta Encik Nagarajan Pillai a/l S.P. Muragapan. Semoga dengan kehadiran barisan pentadbir dan guru-guru baru dapat meningkatkan prestasi serta memupuk ukhwah dikalangan guru-guru dan staf Sekolah Kebangsaan Cheng. Gambar akan menyusul kemudian
Penafian: Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh pihak sekolah.