NO. TEL : 06-334 1353

NO. FAKS : 06-334 1435

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK CHENG, MELAKA

Jumaat, 3 November 2017

Kursus Penyembelihan Ayam

Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Kursus Penyembelihan Ayam untuk murid-murid Tahun 6. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid Tahun 6 tentang cara yang betul untuk melakukan penyembelihan. Taklimat penyembeliha telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Azam Bin Azaman.





Rabu, 25 Oktober 2017

Terapi Air PPKI

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Cheng telah menjalankan satu program Terapi Air untuk murid-murid PPKI. Program ini telah diadakan di Bayou Lagoon, Melaka dan bertujuan memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal.





Khamis, 12 Oktober 2017

Hari Sukan Negara 2017

Panitia Pendidikan Jasmani diketuai oleh Encik Mohd Hafiz Bin Husaini telah menganjurkan satu Program Senamrobik sempena Hari Sukan Negara. Program ini telah disertai oleh semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Cheng.









Rabu, 11 Oktober 2017

Lawatan Akhir Tahun SK Cheng

Penyelaras Tahun 6 iaitu Ustazah Azma Binti Meli telah mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur khas untuk murid-murid tahun 6. Lawatan ini merupakan aktiviti rutin tahunan Tahun 6 selepas berakhirnya UPSR. Diharapkan lawatan ini dapat memberi manfaat kepada semua murid.





Isnin, 9 Oktober 2017

Lawatan Penanda Aras SK Bintang Utara

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Sekolah Kebangsaan Cheng telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur. Lawatan  ini merupakan lawatan penanda aras kali ke 5 yang telah dianjurkan. Guru-guru juga dibawa melawat ke Bangunan RTM, Kuala Lumpur.





Sabtu, 7 Oktober 2017

Hari Keusahawanan SK Cheng

Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Cheng yang diketuai oleh GPK Kokurikulum iaitu Puan Siti Zanariah Binti Husain telah menganjurkan Hari Keusahawanan. hari Keusahawanan ini melibatkan seluruh warga SK Cheng dan penduduk-penduduk sekitar kawasan SK Cheng.




Jumaat, 6 Oktober 2017

Kursus Mandi Wajib Tahun6

Panitia Pendidikan Islam telah mengambil satu inisiatif untuk murid-murid Tahun 6 dengan mengadakan satu program khas iaitu Kursus Mandi Wajib. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid Tahun 6 akan kepentingan dan cara-cara yang betul dalam melakukan manji wajib. Taklimat tentang cara-cara mandi wajib telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Azam Bin Azaman.





Rabu, 13 September 2017

Terapi Gerak Kerja & Sambutan Hari Lahir

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Cheng telah mengadakan satu program terapi gerak kerja dan sambutan hari lahir yang bertempat di Marrybrown Kipmart, Melaka. Program ini telah melibatkan semua warga PPKI SK Cheng. 





Jumaat, 25 Ogos 2017

Pelancaran Program Eco School

Unit Eco School Sekolah Kebangsaan Cheng yang dikemudi oleh Encik Ismayuzi dan Encik Nagarajan telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Eco School. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Tuan Hj Shafe'ee Bin Yasin.




Khamis, 24 Ogos 2017

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat

Pihak sekolah di bawah Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan satu Program Bacaan Yaasin dan Solat Hajat sempena Peperiksaan UPSR. Program ini juga dilengkapi dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Pencetus Ummah Fakhrul.





Rabu, 23 Ogos 2017

Terapi Minda Tahun 6

Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama daripada Penyelaras Tahun 6 telah membawa murid-murid tahun 6 melawat sekitar Melaka bagi menjalani terapi minda. Terapi Minda ini bertujuan untuk menghilangkan tekanan dan gemuruh murid-murid tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan UPSR.






Selasa, 1 Ogos 2017

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Kali Ke 60

Sekolah Kebangsaan Cheng telah mengadakan satu majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Kali Ke 60 peringkat sekolah. Pelancaran ini bertujuan menyemarakkan lagi semangat patriotisme murid-murid khasnya dan warga sekolah amnya. Tema Hari Kebangsaan tahun ini ialah Negaraku Sehati Sejiwa. 






Ahad, 30 Julai 2017

Bengkel Teknik Menjawab Kertas UPSR

Pada Sabtu 29 Julai 2017, Sekolah Kebangsaan Cheng telah mengambil satu inisiatif untuk mempertingkatkan kemahiran menjawab kertas peperiksaan UPSR dalam kalangan murid-murid dengan mengadakan satu bengkel teknik menjawab peringkat dalaman. Bengkel ini telah diterajui oleh barisan guru Tahun 6 bagi setiap subjek. Semoga usaha yang dilakukan ini mendapat keberkatan seterusnya memberi manfaat kepada anak-anak didik SK Cheng.





Penafian: Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh pihak sekolah.