NO. TEL : 06-334 1353

NO. FAKS : 06-334 1435

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK CHENG, MELAKA

Rabu, 26 Oktober 2016

Aplikasi Sync

Pengenalan Trend menggunakan aplikasi grup mesej sekolah semakin mendapat sambutan ramai. Dengan ada medium komunikasi dua hala, ia boleh merapatkan perhubungan antara pihak sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar. Kini kebanyakan sekolah di negara ini aktif menggunakan Sync School Messaging untuk menyampaikan mesej secara berkesan. Ketua Pegawai Eksekutif, Sync Lab Sdn Bhd, Zharif Sharif berkata, Sync School Messaging ialah aplikasi telefon pintar (mobile application) yang dibangunkan khas untuk pihak sekolah/PIBG berhubung dengan ibu bapa, pelajar dan guru dalam menyampaikan maklumat terkini dengan mudah dan berkesan melalui telefon bimbit. "Kegunaan aplikasi ini dapat membantu pihak sekolah/PIBG dalam menyalurkan maklumat penting seperti pengumuman, peringatan, jadual peperiksaan, jemputan dan gambar terus ke telefon bimbit di manajumlah mesej dan ahli tiada had. "Pelajar, guru, ibu dan bapa disarankan untuk muat turun aplikasi ini bagi membantu mereka mendapatkan maklumat terkini berkaitan sekolah terus ke telefon bimbit melalui ‘Push-Notification’. "Pengguna boleh maklum balas kehadiran fokus dalam enam aktiviti wajib yang dijalankan pihak sekolah seperti Mesyuarat Agung PIBG, Hari Bertemu Penjaga dan Hari Sukan Sekolah. "Maklumat tersebut sangat berguna kerana membantu pihak sekolah dari segi persiapan bajet berdasarkan anggaran kehadiran yang diterima. "Sync dilihat mampu menyelesaikan masalah surat pekeliling yang kerap kali tidak sampai ke tangan ibu bapa. Sekali gus dapat mengelakkan keciciran maklumat penting daripada pihak sekolah," katanya. Langkah demi langkah guna aplikasi Sync School Messaging 1. Pentadbir Sekolah (Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Hal Ehwal Murid, dan Kokurikulum) a. Untuk mendaftar akaun sebagai pentadbir Sync@Sekolah, sila layari www.sync.my dan tekan butang Claim Admin Account. b. Sila isi butir yang dikehendaki dan kami akan membuat pengesahan akaun melalui panggilan telefon ke pejabat sekolah. c. Selepas itu, SMS akan dihantar bagi mengesahkan akaun tersebut telah didaftarkan sebagai akaun pentadbir Sync@Sekolah. d. Sila tekan link yang diterima melalui SMS atau pergi ke Google Play Store (Pengguna Android) atau Apple Store (Pengguna iPhone) dengan kata carian Sync School Messaging dan muat turun aplikasi tersebut. e. Selepas muat turun Aplikasi Sync, sila masukkan nombor telefon yang didaftarkan sebagai pentadbir dan kod SMS yang diterima. f. Sebaik sahaja selesai, pihak pentadbir boleh pergi ke Profile Page untuk kongsi link Aplikasi Sync melalui kumpulan WhatsApp/Telegram kepada guru, pelajar dan penjaga di mana jumlah ahli tiada had. g. Selain itu, pihak Sync juga akan menyediakan sampul surat berserta brosur ke sekolah mengikut jumlah pelajar untuk diedarkan kepada ibu bapa. Sebelum itu pihak sekolah perlu menyediakan surat pekeliling untuk dimasukkan sekali ke dalam sampulsurat sebelum diedarkan kepada ibu bapa. h. Sekolah boleh mula menghantar mesej dan jemputan kepada kumpulan sasaran; ibu bapa, pelajar dan/atau guru. Taklimat Sync akan diberi berdasarkan Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing. 2. Pengguna (guru, pelajar, penjaga, ibu bapa) a. Aplikasi Sync boleh dimuat turun di Google Play Store (Pengguna Android) atau Apple Store (Pengguna iPhone) dengan kata carian Sync School Messaging. b. Selepas muat turun Aplikasi Sync, sila masukkan nombor telefon anda di ikuti dengan kod SMS yang diterima (sekiranya tidak dapat kod SMS, sila hubungi Sync Support di 016 520 4321 (WhatsApp). c. Sila pilih nama sekolah anda berdasarkan kata kunci sebagai contoh; SK Seksyen 9, SMK Jalan Tiga, SJKC Malim, SJKT Vivekanada, Jika tidak jumpa nama sekolah anda, sila hubungi Sync Support di 016 520 4321 (WhatsApp). d. Selepas selesai pendaftaran, untuk ibu bapa/guru yang mempunyai anak di sekolah lain boleh pergi ke Profile Page dan tekan butang Update Schools > Follow More School. Setiap mesej atau jemputan yang dihantar pihak sekolah, anda akan menerima Pop-up Notification di telefon bimbit.

Minggu Peperiksaan SK Cheng






Untuk makluman semua, 24 Oktober hingga 5 November 2016 merupakan minggu peperiksaan. Jadual peperiksaan telah pun diedarkan kepada semua murid. Diharapkan semua murid dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan akhirnya memperoleh keputusan yang cemerlang.
Penafian: Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh pihak sekolah.