NO. TEL : 06-334 1353

NO. FAKS : 06-334 1435

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK CHENG, MELAKA

Rabu, 22 Februari 2017

Latihan Pusat Olahraga PPKI

Seorang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka telah terpilih untuk mewakili pasukan olahraga daerah Melaka Tengah untuk ke Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Negeri Melaka 2017. Murid tersebut ialah Muhammad Danial Aiman Bin Mahadzir yang terpilih dalam acara lompat jauh dan larian 100 meter. Murid ini akan menjalani latihan pusat sebagai persediaan untuk ke kejohanan di SMK Malim selama 3 minggu. 




Selasa, 21 Februari 2017

Sukantara Rumah Sukan SK Cheng

Acara Sukantara rumah sukan telah dijalankan pada hari Selasa bermula pukul 8.00pagi. Acara sukantara ini diadakan pada semua murid bermula dari murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Antara acara di dalam sukantara ialah acara larian 50 meter, larian 100 meter, lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru. Murid-murid yang bertanding akan menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing iaitu rumah sukan Hijau, Merah, Biru dan Kuning. 













Isnin, 20 Februari 2017

Majlis Watikah Pemimpin Pemimpin Muda

Pada 20 Februari 2017, Unit Hal Ehwal Murid telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Muda. Majlis ini telah disempurnakan acara perasmiannya oleh Yang Berbahgia ASP Nor Azlinda Binti Nordin (ASP HEA Melaka) daripada IPK Negeri Melaka. Turut hadir pada majlis ini ialah Yang Berusaha YDP PIBG SK Cheng iaitu En Latip Bin Hj. Abu. Tahniah dan selamat menjalankan amanah dengan berdedikasi.










Pemilihan Olahraga Kawasan Tanjung

Pasukan olahraga Sekolah Kebangsaan Cheng telah menghantar beberapa orang atlit untuk ke sesi pemilihan atlit kawasan Tanjung bagi menyertai Kejohanan Olahraga Peringkat Negeri. Antara acara yang mendapat penyertaan daripada atlit SK Cheng ialah, acara lontar peluru , lompat jauh , jalan kaki 1600m, larian 100 meter dan larian 80 meter berpagar. Atlit SK Cheng yang telah berjaya di dalam pemilihan tersebut  iaitu Muhammad Fakhri Najmi dalam acara jalan kaki 1600 meter, Muhammad Shahrizal dalam acara lontar peluru dan adik Nur Aliya Maisarah dalam acara larian 80meter berpagar.
Tahniah diucapkan!!





Sabtu, 18 Februari 2017

Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2017

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Cheng telah berlangsung pada 18 Februari 2017 yang lepas. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Sazali Bin Muhd Din. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis ini ialah Penyampaian Anugerah Bintang Jaya dan Pingat Khidmat Bakti PIBG SK Cheng, Penyerahan Simbolik Kempen Pelancaran 1Keluarga 1Rim A4 dan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama sebuah smartphone.  





Isnin, 13 Februari 2017

Program Sekolah Penyayang dan Kempen Budi Bahasa

Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka telah menganjurkan Program Sekolah Penyayang dan Kempen Budi Bahasa pada 13 Februari 2017. Program ini telah dilancarkan dan dirasmikan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SK Cheng iaitu En A. Latip Bin Hj Abu. Majlis ini juga menyaksikan berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Lahir murid dan guru yang lahir pada bulan Januari dan Februari. 








Sabtu, 11 Februari 2017

Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda

Pada Hari Sabtu, 11 Februari 2017, satu Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda telah dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid, Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka. Kursus kepimpinan ini merupakan salah satu kursus yang diadakan setiap tahun di mana kursus ini menyasarkan murid-murid yang memegang jawatan khas di sekolah ini. Seramai 127 orang murid yang terdiri daripada  Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakaan, Pengawas SPBT, Pembimbing Rakan Sebaya dan Ketua & Penolong Ketua Kelas telah terlibat dalam kursus ini. 







Isnin, 6 Februari 2017

Program Jom Ke Sekolah

Unit Disiplin Sekolah Kebangsaan Cheng telah menganjurkan Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah 2017. Program JOm Ke Sekolah merupakan salah satu program yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia. Turut hadir dalam majlis pelancaran ini ialah Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Konstabel Mohd Azli dari Balai Polis Tanjung Minyak, Melaka.





Penafian: Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh pihak sekolah.