NO. TEL : 06-334 1353

NO. FAKS : 06-334 1435

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK CHENG, MELAKA

Ahad, 30 Julai 2017

Bengkel Teknik Menjawab Kertas UPSR

Pada Sabtu 29 Julai 2017, Sekolah Kebangsaan Cheng telah mengambil satu inisiatif untuk mempertingkatkan kemahiran menjawab kertas peperiksaan UPSR dalam kalangan murid-murid dengan mengadakan satu bengkel teknik menjawab peringkat dalaman. Bengkel ini telah diterajui oleh barisan guru Tahun 6 bagi setiap subjek. Semoga usaha yang dilakukan ini mendapat keberkatan seterusnya memberi manfaat kepada anak-anak didik SK Cheng.





Jumaat, 14 Julai 2017

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017

Sempena menyambut Bulan Aidilfitri, pihak Sekolah Kebangsaan Cheng telah mengambil satu inisiatif di bawah Jawatankuasa Program Perpaduan yang diketuai oleh Puan Normayati telah menganjurkan satu Majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah Pertandingan Baju Sedondon Guru dan Murid, Pertandingan Baju Raya Tercantik, Pertandingan Menganyam Ketupat dan Pertandingan Gerai Mengikut Kaum Terbaik. Semoga program perpaduan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.





Rabu, 12 Julai 2017

Sofbol Mss Negeri Melaka 2017

Pasukan Sofbol Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka telah menghantar penyertaan di dalam Kejohanan Sofbol Mss Negeri Melaka 2017 yang diadakan pad 11 hingga 12 Julai 2017 di SMK Sg Udang. Pasukan ini telah menghantar penyertaan bagi kategori lelaki u12 dan perempuan u12 dan telah dilatih oleh Ustazah Azma, Puan Siti Rohani, Puan Rohani, Puan Noridah, En Nagarajan dan Ustaz Azam. Pasukan ini telah pulang dengan merangkul kejayaan Naib Johan kejohanan bagi kedua-dua kategori. Tahniah diucapkan kepada barisan pemain dan jurulatih.







Isnin, 10 Julai 2017

Lawatan Exco Pendidikan Negeri Melaka & Pengarah Pendidikan Negeri Melaka

Sekolah Kebangsaan Cheng menerima kunjungan daripada Y.B Datuk Wira Haji Md Yunos Bin Husin, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau Dan Inovasi bertujuan untuk sesi rakaman bersama-sama Perbadanan Teknologi Hijau Melaka berkenaan Program SKC Eco.

Turut hadir pada hari tersebut ialah Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka iaitu YBhg. Tuan Haji Abu Bakar bin Sahari dan YBhg. Datuk Haji Kamarudin Bin Md Shah, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.







Khamis, 6 Julai 2017

Kempen Galakan Membaca Bersama Majalah Kuntum & Mat Kool

Pada 5 Julai 2017, pihak sekolah di bawah Unit Pusat Sumber telah mengadakan satu Kempen Galakan Membaca anjuran bersama-sama Majalah Kuntum dan Mat Kool. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan iaitu pertandingan kuiz, persembahan tarian daripada maskot Mat Kool dan Kuntum serta pemberian Aiskrim Panda percuma kepada seluruh warga SK Cheng. Gambar selanjutnya boleh didapati di Facebook Rasmi Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka.






Penafian: Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh pihak sekolah.