NO. TEL : 06-334 1353

NO. FAKS : 06-334 1435

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK CHENG, MELAKA

Sabtu, 11 Mac 2017

Smart Camp Tahun 6

Unit Kurikulum Sekolah Kebangsaan Cheng bersama-sama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Smart Camp khas untuk murid-murid tahun 6 di bawah Program Kecemerlangan. Program ini telah dianjurkan selama 2 hari 1 malam bermula 10 Mac 2017 hingga 11 Mac 2017  dan bertempat di Pusat Kokurikulum Lanchang, Merlimau. Semoga murid-murid tahun 6 mendapat input yang berharga sepanjang kem ini berjalan. 










Selasa, 7 Mac 2017

Ceramah Kebaikan Vitagen Dan Pemberian Vitagen Kepada Semua Murid

Pada hari ini, pihak Vitagen telah datang ke Sekolah Kebangsaan Cheng untuk memberikan sedikit ceramah berkaitan kebaikan susu kultur vitagen. Ceramah ini telah disampaikan kepada semua murid Tahap 2. Selepas ceramah itu, pihak Vitagen telah memberikan satu botol susu kultur vitagen kepada setiap murid Sekolah Kebangsaan Cheng.







Sabtu, 4 Mac 2017

Pertandingan Hoki Piala Datuk Bandar MBMB 2017

Pasukan Hoki Sekolah Kebangsaan Cheng telah menyertai Pertandingan Hoki Piala Datuk Bandar MBMB pada 3 dan 4 Mac 2017. Pasukan hoki sekolah telah memberikan saingan yang sengit walaupun berhadapan dengan pasukan yang lebih mantap dari dalam dan luar negeri Melaka. Mereka telah menjadi Johan Kumpulan tetapi kandas di peringkat Suku Akhir. Ini merupakan kejayaan yang sungguh membanggakan pasukan hoki sekolah di bawah bimbingan Encik Mohd Hafiz Bin Husaini.






Khamis, 2 Mac 2017

Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kali-32

Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Cheng telah diadakan pada 2 Mac 2017. Kejohanan ini telah dilangsungkan pada sebelah petang dan telah dijalankan dengan suasana yang sungguh meriah beserta kehadiran ibu bapa yang sangat menggalakkan bagi menyokong anak-anak mereka. Berikut beberapa gambar sekitar kejohanan tersebut.













Penafian: Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh pihak sekolah.